Latar belakang Syafiq Abdillah

Syafiq Abdillah dilahirkan di Brunei pada 4 November 1999[1]. Ibunya berasal dari Singapura dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pasangan seniman dan seniwati, Aziz Jaafar dan Normadiah.

Sebagai penyanyi

Syafiq mula menyanyi sejak kecil tetapi mula menyanyi secara profesional kepada khalayak pada 2015. Bakatnya dikesan oleh seorang DJ di Brunei, DJ Daffy yang mula memperkenalkannya kepada WebTVAsia sebagai syarikat rakamannya[2]. Syafiq pernah berpeluang membuat persembahan di hadapan keluarga diraja Brunei, termasuk Pengiran Muda Abdul Mateen pada 2018[3].

Big Stage (musim 4)

Syafiq menyertai rancangan realiti televisyen di Malaysia, Big Stage musim 4 (2022) bersama-sama 10 penyanyi muda dari Malaysia dan seorang dari Indonesia[4].